Bangunan KWSP terbakar lagi

Astro Awani
Mei 22, 2023 04:19 MYT
Kebakaran melibatkan tingkat 4 dan tingkat 5 bangunan KWSP. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, dekat sini, sekali lagi terbakar pada Isnin.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.39 pagi.
"Kebakaran melibatkan tingkat 4 dan tingkat 5 bangunan KWSP itu. Api berjaya dikawal oleh pihak bomba pada jam 11.08 pagi.
"Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini dan ketua balai berada di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bangunan yang sama pernah mengalami kebakaran besar pada 2018.
#Bangunan KWSP Terbakar #jalan gasing #kebakaran besar #terbakar lagi