Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.39 pagi.
"Kebakaran melibatkan tingkat 4 dan tingkat 5 bangunan KWSP itu. Api berjaya dikawal oleh pihak bomba pada jam 11.08 pagi.
![Kesan kebakaran di bangunan KWSP. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI](https://img.astroawani.com/2023-05/61684733204_freesize.jpg)
"Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini dan ketua balai berada di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bangunan yang sama pernah mengalami kebakaran besar pada 2018.
![Kesan kebakaran di bangunan KWSP. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI](https://img.astroawani.com/2023-05/51684733213_freesize.jpg)
![Kesan kebakaran di bangunan KWSP. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI](https://img.astroawani.com/2023-05/71684733192_freesize.jpg)