Bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang ditutup bagi tujuan sanitasi, disinfeksi
Bernama
Januari 3, 2021 04:47 MYT
Januari 3, 2021 04:47 MYT
KUALA LUMPUR: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) yang beroperasi di Bangunan BHEUU, Presint 3, Putrajaya ditutup Isnin dan Selasa bagi kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi.
Unit Komunikasi Korporat BHEUU Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan langkah itu dilakukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan kakitangan dan orang awam yang berurusan dengan BHEUU, JBG dan MdI dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
"Sehubungan itu, semua perkhidmatan dan temu janji secara bersemuka di BHEUU, JBG dan MdI adalah ditangguhkan sehingga pejabat dibuka dan beroperasi semula pada Rabu (6 Jan)," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA