#BangsarBlackout: Netizen mengeluh terpaksa bergelap di Bangsar
Syafique Shuib
Oktober 26, 2016 20:55 MYT
Oktober 26, 2016 20:55 MYT
Beberapa kawasan di Bangsar mengalami gangguan bekalan elektrik malam ini.
Menerusi perkongsian hashtag #BangsarBlackout, netizen mengeluh kerana kawasan mereka tiada bekalan elektrik.
Menerusi maklumat yang diterima di media sosial, kawasan yang terjejas termasuk Jalan Telawi dan Mid Valley Megamall.
Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir antara yang terawal untuk berkongsi situasi tersebut.
Beberapa netizen turut berkongsi tentang situasi di lokasi masing-masing:
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebook rasmi mereka berkata pihaknya sedang memulihkan bekalan secara berperingkat.