Banglo rosak akibat tanah runtuh di Ampang

Afiezy Azaman
November 15, 2022 09:15 MYT
Kejadian tanah runtuh di sebuah rumah di Taman Halaman pada Selasa. - Foto Sinar Harian
AMPANG: Sebuah rumah banglo mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh di Taman Halaman, Ampang, pada Selasa.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.26 pagi sebelum menggerakan anggota ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, anggota mendapati berlaku kejadian tanah runtuh dibahagian belakang rumah banglo lima tingkat.
"Tanah dan batuan dari cerun bukit menimpa dan merobohkan dinding bahagian dapur dan bilik tidur di tingkat dua," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Norazam berkata, semua penghuni yang juga sepasang suami isteri berusia 39 tahun dan seorang anak lelaki berusia 11 tahun berada dalam keadaan selamat
"Bomba membuat pemeriksaan pergerakan tanah dan memasang sawar-sawar di kawasan tanah runtuh dan Unit Cerun Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan menjalankan tindakan seterusnya," katanya.
#tanah runtuh #banglo #JBPM #dapur
;