Banglo milik Jamaluddin Jarjis akan dirobohkan
Astro Awani
Januari 2, 2013 07:08 MYT
Januari 2, 2013 07:08 MYT
Banglo milik Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis yang terletak di kawasan tanah runtuh berkemungkinan akan dirobohkan.
Ketua pengawai operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) Mohd Taufik Haron berkata keputusan itu berikutan kemunculan tanda-tanda pergerakan tanah di kawasan berhampiran.
Jelasnya langkah itu juga bagi memberi laluan kepada pembinaan zon penampan untuk mengukuhkan cerun.
"80 peratus dari rumah akan dirobohkan... rumah Datuk JJ dan Datuk Seri Zulhasnan akan dirobohkan.
“Ini adalah bagi memastikan keselamatan penduduk di atas dan penduduk di bawah dan isu keduanya adalah memastikan penyelesaian jangka panjang oleh pihak jurutera daripada I&P faktor keselamatan cerun dalam membina cerun tersebut," kata Taufik kepada wartawan.
Mengulas kerja-kerja meroboh banglo yang rosak dalam kejadian itu, beliau menjelaskan proses meroboh sudah 80 peratus siap.
Walaubagaimanapun, tarikh sebenar tidak dapat diberikan kerana perkara tersebut bergantung kepada faktor cuaca dan pergerakan tanah.
Dalam kejadian pada jam 10 malam pada Jumaat lalu, benteng konkrit di lereng bukit setinggi 60 meter runtuh dan menjejaskan beberapa banglo termasuk beberapa kediaman milik orang kenamaan.
#banglo
#IKRAM
#Institut Kerja Raya Malaysia
#Jamaluddin Jarjis
#Mohd Taufik Haron
#roboh
#tanah runtuh