Bangkit untuk perubahan
Astro Awani
Januari 8, 2013 06:33 MYT
Januari 8, 2013 06:33 MYT
Selepas melalui tsunami politik pada Pilihan Raya Umum ke 12, Barisan Nasional kini bangkit semula untuk membawa perubahan dalam hidup rakyat.
Malah melalui pembangunan ekonomi yang dilaksanakan,Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini.
Muhyiddin berkata, melalui hasil usaha yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional BN ia menyaksikan kedatangan pelabur ke Malaysia semakin meningkat.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia dan Pelancaran Gelombang Biru Peringkat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, malam tadi.
Dalam ucapannya di hadapan ribuan hadirin yang memakai baju biru, Muhyiddn berkata, rakyat tidak ada sebab untuk terpedaya dengan hasutan pembangkang bagi menukar kerajaan sedia ada.
Berbanding negara lain Malaysia tidak menghadapi sebarang krisis atau pergolakan dan rakyat dari negara luar datang untuk mendapatkan nikmat hidup di negara ini.