Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah
Bernama
Januari 23, 2021 04:52 MYT
Januari 23, 2021 04:52 MYT
TONGOD: Bangkai seekor gajah pygmy ditemukan dengan anggota badannya dipotong manakala kulitnya disiat di sebuah ladang sawit dekat sini.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.
"Bangkai gajah itu juga mempunyai kesan tembakan dan tetakan... turut ditemukan bahagian-bahagian badannya seperti kepala dan gading kecuali belalai.
"Bedah siasat telah dilakukan oleh sepasukan petugas daripada JHL dan menemukan beberapa biji peluru," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi.
Tuuga berkata JHL sedang menyiasat motif pembunuhan, antaranya sama ada perbuatan itu dilakukan oleh pemburu.
-- BERNAMA
#gajah pygmy
#Tongod
#Sabah
#Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah
#Augustine Tuuga
#reput
#mati
#bangkai
#haiwan dilindungi
#tembakan
#tetakan
#peluru
#pemburu
#kulit disiat