Bangkai gajah di ladang kelapa sawit

Sinar Harian
Oktober 13, 2022 23:45 MYT
Gajah yang ditemui mati di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Berantian, Jalan Merotai-Kalabakan, Tawau. -Foto Sinar Harian
TAWAU: Seekor gajah jantan ditemui mati di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Berantian, Jalan Merotai-Kalabakan pada Rabu.
Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Primus Lambut berkata, bangkai gajah itu ditemui oleh pekerja ladang di kawasan berkenaan.
Katanya, sebaik menerima aduan itu, sepasukan kakitangannya bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan awal.
"Kami dapat laporan aduan kematian gajah itu kira-kira jam 4 petang oleh pekerja ladang.
"Pemeriksaan awal terhadap gajah itu tiada kesan luka pada badan dan siasatan masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Sebelum itu, tular di media sosial Facebook penemuan bangkai gajah di ladang kelapa sawit di kawasan berkenaan. -Sinar Harian
#bangkai gajah #kelapa sawit #Kampung Berantian #Jalan Merotai-Kalabakan #Jabatan Hidupan Liar Tawau