Banduan warga Indonesia lolos penjara Kluang

Astro Awani
Februari 23, 2015 22:16 MYT
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Roze Shaari berkata banduan tersebut melarikan diri ketika sedang membuka khemah selepas hari terbuka penjara sempena Tahun Baru Cina. - Gambar Astro AWANI
Seorang banduan warga Indonesia berusia 35 tahun berjaya memboloskan diri ketika mengemas peralatan khemah dalam stor Jabatan Penjara Kluang.
Banduan terbabit berkulit gelap dengan ketinggian 157cm dan kali terakhir dilihat memakai baju penjara berwarna hijau.
Kejadian hanya disedari pegawai penjara pada pukul 10 pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Roze Shaari berkata banduan tersebut melarikan diri ketika sedang membuka khemah selepas hari terbuka penjara sempena Tahun Baru Cina.
Mohd Roze berkata usaha mengesan banduan berkenaan giat dijalankan di setiap pintu masuk dan keluar daerah itu termasuk di terminal pengangkutan awam.
Khidmat unit anjing pengesan Polis Diraja Malaysia, K9 juga digunakan dalam usaha menjejaki banduan itu.
#Ketua Polis Daerah Kluang #Mohd Roze Shaari #Tahun Baru Cina
;