Banduan lelaki mati ditikam dalam Penjara Sungai Buloh
Bernama
April 17, 2016 08:08 MYT
April 17, 2016 08:08 MYT
Seorang banduan lelaki maut ditikam oleh dua banduan lain dalam satu pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Penjara Sungai Buloh di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Rozi Jidin berkata siasatan awal mendapati mangsa berusia 20 tahun itu maut ditikam suspek menggunakan senjata tajam di bahagian belakang badan dalam kejadian pada 12.30 tengah hari pada Ahad.
"Mangsa dimasukkan ke penjara itu atas kesalahan kes culik," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Mohd Rozi berkata proses bedah siasat terhadap mangsa akan dilakukan hari ini.