Bandar Raub dilanda banjir kilat

Sinar Harian
September 18, 2023 07:00 MYT
Anggota APM membuat pemantauan di kawasan yang terjejas. - Foto APM
RAUB: Hujan lebat berterusan selama dua jam menyebabkan bandar Raub dilanda banjir kilat pada Isnin.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub memberitahu hujan lebat bermula kira-kira jam 8.40 malam menyebabkan air takungan longkang melimpah.
"Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah membuat pemantauan kejadian di bandar Raub," ujar kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan itu lagi, air semakin surut dan pusat pemindahan sementara (PPS) belum dibuka setakat jam 11 malam. - Sinar Harian
#banjir kilat #hujan lebat #air takungan longkang #APM
;