Bandar masih jadi pilihan pasca pandemik

Madiha Abdullah
Jun 29, 2022 04:30 MYT
Migrasi dari bandar ke luar bandar akibat pandemik tidak akan mengubah struktur urbanisasi global. - Astro AWANI
KATOWICE: Walaupun pandemik masih menjadi isu besar di banyak negara dan masalah kewangan kerana kos kehidupan yang lebih tinggi, orang ramai masih memilih bandar untuk mencari pekerjaan, pendidikan dan mencari perlindungan.
Pengarah Eksekutif UN Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, hakikat yang perlu dihadapi ialah migrasi dari bandar ke luar bandar akibat pandemik tidak akan mengubah struktur urbanisasi global.
Bercakap pada Pelancaran Laporan Bandar Dunia 2022 di World Urban Forum pada Rabu, Maimunah menggariskan tiga senario utama isu pembangunan bandar masa hadapan, termasuk apa yang dipanggil senario pesimistik.
"Walaupun tahap organisasi tidak sekata, pembandaran pesat adalah trend mega. Ia hanya ditangguhkan sementara oleh COVID-19. Jadi, pertumbuhan penduduk bandar global kembali ke landasan dan kami menjangkakan 2.2 bilion orang lagi di kawasan bandar menjelang 2050.
"Laporan bandar raya dunia menggariskan beberapa senario masa depan bandar. Satu senario terburuk, kerosakan dan kemiskinan yang melampau, perniagaan seperti biasa yang mengakibatkan senario pesimis. Dan senario ketiga kembali ke keadaan pra-pandemik, dan mengubah haluan, yang membawa kepada senario optimistik.
"Kami telah membina tindakan dasar dan pelaksanaan agenda bandar baharu yang berkesan. Kami ingin membawa kepada senario yang optimistik, membina tindakan dasar dengan pelaksanaan berkesan agenda bandar baharu.
"Kita mesti bermula dengan mengakui bahawa perniagaan seperti biasa seperti sebelum 2020 adalah model yang tidak mampan. Kita mesti mengambil pengajaran terbaik daripada respons kita terhadap COVID-19 dan mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lebih mampan.
"UN Habitat menyokong senario optimistik dan percaya bahawa mencapai bandar yang sama rata dan inklusif mesti melibatkan kontrak sosial baharu dalam bentuk pendapatan asas yang universal, liputan kesihatan dan perumahan universal dan perkhidmatan asas," katanya.
Turut sama dalam sesi berkenaan ialah Datuk Bandar Katowice, Marcin Krupa, Setiausaha Negara di Kementerian Dana Pembangunan dan Dasar Wilayah Poland, Malgorzata Jarosinska-Jedynak dan Ketua, Laporan Global dan Unit Trend, UN-Habitat, Ben Arimah.
Tambahnya lagi, agenda bandar baharu UN Habitat yang disahkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 2016, menyediakan rangka kerja yang luas untuk dasar bandar yang menggalakkan penyepaduan semua elemen pembangunan mampan.
#bandar mampan #Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif #PBB #WUF 11
;