Kerajaan akan mula melaksanakan baki empat lagi langkah di bawah Pakej PRIHATIN pada Mei 2020, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Setakat ini kerajaan sudah melaksanakan enam dari 10 langkah yang dirancang di bawah Pakej PRIHATIN.
Ia termasuk moratorium bayaran pinjaman institusi, kemudahan i-Lestari iaitu pengeluaran Akaun 2 KWSP, subsidi upah yang dilaksanakan oleh PERKESO, pengurangan kadar minimum caruman pekerja KWSP, dan Bantuan PRIHATIN Nasional (RM10 bilion).
“Perancangan empat lagi langkah utama yang bernilai RM66 bilion atau 25 peratus daripada keseluruhan nilai Pakej PRIHATIN akan mula dilaksanakan menjelang 1 Mei 2020.
“Ia adalah kemudahan skim jaminan pinjaman oleh Danajamin (RM50 bilion), Program Khidmat Rundingan Majikan oleh KWSP bagi membantu memberi penjimatan aliran tunai majikan (RM10 bilion), Projek Kerajaan berskala kecil untuk memanfaatkan kontraktor kecil (RM4 bilion) dan Geran PRIHATIN Khas untuk PKS mikro (RM2.1 bilion),” katanya dalam ucapan khas hari ini.
Tengku Zafrul berkata pihak Kementerian Kewangan akan mengadakan taklimat setiap minggu, untuk berkongsi tahap pencapaian pelaksanaan Pakej PRIHATIN.
Najib Aroff
Tue Apr 14 2020
Tengku Zafrul berkata pihak Kementerian Kewangan akan mengadakan taklimat setiap minggu, untuk berkongsi tahap pencapaian pelaksanaan Pakej PRIHATIN. - Gambar fail
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Akaun Fleksibel KWSP: Solusi segera atau risiko jangka panjang?
Keputusan untuk mengeluarkan wang dari Akaun Fleksibel KWSP perlu dibuat dengan berhati-hati, dengan mempertimbangkan keperluan semasa dan perancangan masa depan.
Mohd Zuki dilantik pengerusi KWSP baharu
Mohd Zuki menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah memegang jawatan Pengerusi KWSP sejak 1 Mei 2020.
KWSP peruntuk RM97 bilion bagi pelaburan domestik pada 2023 - MoF
KWSP peruntuk RM97 bilion atau 83 peratus daripada jumlah peruntukan dana untuk pelaburan domestik pada tahun ini.
Inisiatif BAITI bantu golongan M40 miliki kediaman pertama
Program inisiatif BAITI menawarkan bantuan kewangan kepada golongan M40 memiliki rumah pertama mereka di Lembah Klang dan Selangor.
KWSP catat jumlah pendapatan pelaburan RM33.19 bilion pada separuh pertama 2023
KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM33.19 bilion bagi separuh tahun pertama berakhir 30 Jun, 2023.
KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel
KWSP cadang Akaun 3 diberi kelonggaran untuk membuat pengeluaran sebarang jumlah pada bila-bila masa.
ISWC 2023 himpun lebih 2,000 delegasi, perkasa sistem perlindungan sosial negara
Persidangan berkenaan dilihat mampu mencari penyelesaian dan menambah baik sistem perlindungan sosial di negara ini.
Dana KWSP tidak wajar digunakan untuk biaya belanjawan defisit kerajaan - Pakar Ekonomi
Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak wajar digunakan sebagai pinjaman untuk membiayai belanjawan defisit kerajaan.
'Potong 20 peratus subsidi petrol, salurkan kepada dana pencen KWSP' - Penganalisis
20 peratus subsidi petrol wajar dipertimbangkan untuk dimansuhkan dan disalurkan kepada dana pencen kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Akaun 2 jadi cagaran: KWSP masih perinci kaedah, menilai semua faktor
KWSP sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik serta pertimbang semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.