Baju raya "Hipster" rekaan Zery Zamry buat lelaki lebih bergaya

Astro Publication
April 8, 2015 12:09 MYT
Baju raya "Hipster" rekaan Zery Zamry buat lelaki lebih bergaya
Zery Zamry mensasarkan gabungan pakaian tradisional dengan sentuhan moden. Koleksi ini mempunyai 4 siri yang berbeza: Dark Series, Color Series, Printed Series dan Army Series. Navy Blue, Dark Brown, Olive Green, Emerald Green, Royal Blue, Dark Purple dan Maroon adalah pilihan warna koleksi. Paisley, Grafik moden dan Corak geometri adalah cetakan yang menjadikan koleksi ini tampak berani.
Gaya kolar tradisional "Teluk Belanga" dan "Cekak Musang" diberikan sentuhan yang moden dan segar. Kulit juga dimasukkan ke dalam rekaan 'samping' dan 'songkok' untuk melengkapkan Raya seorang fashionista lelaki. Cotton SB Line, Swiss Cotton dan Cotton Silk digunakan dalam koleksi ini untuk menghasilkan pakaian yang selesa dan mudah dipakai.
"Hipster" oleh zery zamry bermula daripada RM380.00
Anda boleh dapatkan koleksi ini di http://www.zalora.com.my/
#hipster #Koleksi Raya #Zery Zamry
;