#Bajet2016: Kerajaan dengar keluhan kelas pertengahan di Malaysia

Astro Awani
Oktober 23, 2015 20:08 MYT
Menerusi Bajet 2016 kelompok isi rumah yang berpendapatan antara RM3,860 hingga RM8,320 akan mendapat beberapa insentif dalam bentuk lebihan pendapatan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini buat pertama kalinya memberikan perhatian langsung kepada golongan kelas menengah yang dilihat terlepas pandang dalam beberapa pembentangan bajet sepanjang beberapa tahun sebelum ini.
Mulai tahun depan, kumpulan yang diistilah oleh Perdana Menteri sebagai M40 iaitu kelompok isi rumah yang berpendapatan antara RM3,860 hingga RM8,320 akan mendapat beberapa insentif dalam bentuk lebihan pendapatan boleh belanja melalui pelepasan cukai tambahan.
"Definisi M40 ini, akan terus Kerajaan perincikan dari masa ke semasa," kata Najib.
Insentif kepada golongan itu termasuklah:
"Kerajaan memandang positif sikap anak yang mengambil berat terhadap kebajikan ibubapa mereka dan mengalu-alukan pengukuhan institusi kekeluargaan," kata Najib.
"Ini bermakna, sekiranya anak OKU ini melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara, jumlah pelepasan cukaiyang boleh dituntut secara keseluruhannya, adalah sebanyak 14 ribu ringgit," tambah Najib.
BACA: Teks ucapan penuh Bajet 2016 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' (Bahagian 1)
BACA: Teks ucapan penuh Bajet 2016 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' (Bahagian 2)
##Bajet2016 #Bajet 2016 #Budget 2016 #Najib Razak
;