Bajet Johor 2018 yang dibentangkan hari ini melakar rancangan 10 tahun ke hadapan sekali gus sebahagian daripada pelan untuk mencapai sasaran Johor Berkemajuan.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, ia satu kesinambungan dari kejayaan 100 peratus negeri itu dalam melaksanakan Bajet Johor 2017.
"Bajet yang lalu memberi pulangan besar kepada negeri dan rakyat Johor secara keseluruhannya.
"Kalau dilihat daripada pembentangan tersebut, dapat dirasai bahawa perancangan yang teliti telah dibuat.
"Rata-rata menyatakan rasa puas hati terhadap pelaksanaan Bajet Johor 2017 Kerajaan BN Negeri Johor. Kelicinan implementasi oleh pegawai-pegawai kerajaan Johor dan agensi-agensi negeri memberi impak maksimum dari segi tahap kepuasan rakyat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Ekonomi Johor dijangka terus melonjak, kata Mohamed Khaled
BACA: Beri tumpuan cara hasil GST dikembalikan kepada rakyat
Bastien mengulas pembentangan Bajet Johor 2018 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang merupakan belanjawan lebihan buat kali kelapan berturut-turut sejak 2011.
Jelas Mohamed Khaled, belanjawan bertemakan 'membangun dekad baharu yang sejahtera untuk Johor' membabitkan anggaran hasil sebanyak RM1.504 bilion dan anggaran perbelanjaan bernilai RM1.503 bilion.
Dalam pada itu kata Bastien, pengumuman bajet setiap tahun tidak harus diukur berdasarkan angka-angka yang gemilang sahaja.
Paling penting tegasnya, cara pelaksanannya menjadi ukuran keberkesanan dan kebolehan kerajaan yang dipilih untuk merealisasikannya.
"Setiap tahun Kerajaan BN berjaya mencernakan harapan dan keperluan rakyat Johor melalui pengumuman Bajet yang sentiasa tepat memenuhi kehendak dan keperluan.
"Ia ditambah pula dengan pegawai perkhidmatan Awam Negeri Johor (JCS) yang berupaya serta komited menghasilkan impak yang maksimum. Ramuan ini ada di negeri Johor," jelasnya.
Tambahnya, Bajet 2018 Johor kali ini mempunyai 153 titik sentuh yang bukan hanya menemukan kehendak rakyat tetapi menyediakan persekitaran kondusif bagi mendepani cabaran ekonomi masa hadapan.
"Mengambil contoh ketara antaranya seperti peruntukan pembangunan terminal kenderaan berat, Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu, penubuhan bank benih, B5 Johor Street Market, Tabung Usahawan Asnaf," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya soal penghargaan kepada pegawai kerajaan yang lebih rendah daripada Selangor, Bastien menyatakan bahawa keupayaan sesebuah negeri itu tidak diukur semata-mata kepada bonus kakitangan awam.
"Paling penting keberanian sesebuah kerajaan meletakkan keutamaan sebagai asas perbelanjaan untuk rakyat mencerminkan kedudukan kukuh kerajaan negeri melaksana amanah yang diberikan.
"Kerajaan Selangor ternyata menghamburkan dedak pilihan raya. Mereka tiada pilihan. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu kekal.
"Di Johor kita beri penghargaan bukan sahaja kepada pegawai kerajaan tetapi jaringan rakyat yang lebih luas sehinggakan kepada penggerak masjid, pelatih pusat pemulihan.
"Malah guru tadika agama Islam juga menjadi penerima asalkan mereka terlibat menggerakkan kemajuan Johor. Ini baru dinamakan penghargaan dan bukan 'dedak'," katanya.
Bastien kemudian merumuskan Bajet Johor 2018 merupakan satu belanjawan lebih baik dan terarah untuk menjadikan Johor sebuah negeri yang termaju.
"Kita menggalakkan semua pihak termasuk rakyat untuk memantau pelaksanaannya dengan lebih rapat. Dekad Johor akan bermula," jelasnya.
Astro Awani
Thu Nov 23 2017

BASTIEN: pengumuman bajet setiap tahun tidak harus diukur berdasarkan angka-angka yang gemilang sahaja. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.

Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.

#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.

Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.

KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.

Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.

Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.

ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).