Bajet 2018: Kutipan tol Batu Tiga dan tiga lagi plaza tol dimansuhkan

Astro Awani
Oktober 27, 2017 17:29 MYT
Kutipan tol di empat lokasi bakal dimansuhkan pada 1 Januari 2018. - Gambar hiasan
Kerajaan memutuskan bakal memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor; Bukit Kayu Hitam, Kedah; dan Eastern Dispersal Link, Johor.
Perkara terbabit diumumkan Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat sebentar tadi.
Beliau juga mengumumkan pengurangan kadar cukai individu antara 3 hingga 14 peratus yang bakal meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300 hingga RM1,000.
Ia juga menyaksikan lebih 261,000 orang tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan.
Pembentangan Bajet 2018 itu dilihat bertujuan mengurangkan kos sara diri dan meningkatkan kualiti hidup.
Disifatkan ibu segala bajet, ia antara lain mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana ekonomi serta mempersiapsiaga rakyat dengan revolusi perindustrian keempat dan ekonomi digital.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan demikian ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.
#Bajet 2018 #kerajaan #mansuh #Najib Razak #plaza tol
;