Bajet 2017: Tahun yang sibuk untuk KBS - Khairy

Syafique Shuib
Oktober 21, 2016 12:10 MYT
Pihak kerajaan akan melancarkan siri dialog nasional di atas sebuah kanvas yang baharu yang dinamakan Transformasi Nasional 2050 atau TN50 yang akan dikendalikan oleh Kementeria Belia dan Sukan. -Gambar: Astro AWANI/Shahir Omar
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata tahun 2017 akan menjadi tahun yang sibuk bagi kemeteriannya setelah ia diberi tanggungjawab untuk mengendali siri sesi dialog nasional bagi memeta halatuju negara.
Dalam pembentangan Bajet 2017 sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pihak kerajaan akan melancarkan siri dialog nasional di atas sebuah kanvas yang baharu yang dinamakan Transformasi Nasional 2050 atau TN50.
“TN50 ini akan menjangkau tiga dekad proses dan gerak kerjanya, bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa serta berminda par excellence.
“TN50 akan dimula-gerakkan dengan generasi muda pelbagai bangsa melalui wacana-wacana nasional atau national discourse seperti diputuskan oleh kabinet, akan dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta pastinya akan dinaungi dan dipayungi oleh saya sendiri selaku Perdana Menteri,” kata Datuk Seri Najib dalam ucapannya.

TN50 akan dikendalikan KBS serta pastinya akan dinaungi dan dipayungi oleh saya sendiri selaku Perdana Menteri. #Bajet2017

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Khairy dalam reaksinya berkata, beliau berasa rendah diri kerana KBS dipilih untuk memulakan sesi dialog ini.

Humbled that @KBSMalaysia given the honour to kick start our national dialogue to chart the nation's future until 2050. #TN50 #Bajet2017

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ramai netizen yang mengucapkan tahniah kepada Khairy dan mengharapkan suara golongan muda dapat diketengahkan menerusi sesi dialog ini.

@Khairykj @KBSMalaysia congratulations chief!!!the nation need u!!!!

— jojo bayan baru (@jojobayanbaru) October 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Khairykj @KBSMalaysia congrats YB! Let more youth voice in it.. #WeAreFutureLeaders bak kate YAB PM td

— Eddy (@shahydeezirul) October 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Khairykj Does this mean rakyat can participate in mapping national agenda post 2020 ?

— Mohd Fasha Musthafa (@MohdFasha) October 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Khairykj @fruitale_syhira @KBSMalaysia GOOD!

— pau (@tora_qama) October 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perkembangan lain, RM450 juta diperuntukkan khusus untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada tahun 2017.

With @KL2017 SEA & ASEAN Para Games as well as #TN50 national dialogue, it'll be a busy year at @KBSMalaysia.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bajet 2017 #Kementeria Belia dan Sukan #Khairy Jamaluddin