Baitulmaqdis: Utamakan produk tempatan sebagai tanda protes
Bernama
Disember 16, 2017 04:00 MYT
Disember 16, 2017 04:00 MYT
Pengguna di negara ini digesa mengutamakan pembelian barangan keluaran tempatan sebagai tanda protes terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) Datuk Mohd Redzuan Abdullah berkata langkah solidariti bersama rakyat Palestin itu relevan dan mampu dilaksanakan kerana kualiti barangan buatan negara juga setanding dengan barangan import terutama dari AS.
"Kita tidak mahu hanya berkata kita mahu boikot produk atau barangan keluaran syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Israel, kita juga memberi jalan alternatif buat rakyat Malaysia.
"Kita utamakan produk keluaran kita sendiri dan mengurangkan kebergantungan kita pada produk luar," katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.
Keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis menimbulkan ketegangan baharu di Palestin ketika ini, serta bantahan masyarakat Islam di seluruh dunia.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat
#Baitulmaqdis
#barangan tempatan
#Donald Trump
#Israel
#Mohd Redzuan Abdullah
#Parti Ekonomi Rakyat Malaysia
#Pekira
#protes