Baitulmaqdis: Malaysia lahir kekecewaan kepada Duta Amerika Syarikat

Astro Awani
Disember 8, 2017 09:27 MYT
Ratusan umat Islam menyuarakan rasa tidak puas hati dan kecewa atas pengiktirafan itu. - Gambar fail
Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Ramlan Ibrahim melahirkan kekecewaan Malaysia kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Dean Thompson berhubung keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Beliau bertemu Thompson berikutan permintaan kedutaan untuk memaklumkan mengenai keputusan Presiden Donald Trump itu pada Rabu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar pada Khamis, semasa pertemuan, Ramlan berkata keputusan itu membakar sentimen umat Islam dan tidak menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan rantau.
Ia juga menjejaskan usaha masyarakat antarabangsa ke arah mencari penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel dan akan membangkitkan lagi naratif radikal.
#Amerika Syarikat #Donald Trump #Islam #Israel #Kementerian Luar #keselamatan #Malaysia #presiden
;