Baik pulih undang-undang antirasuah untuk selenggara dana politik

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Oktober 9, 2015 03:29 MYT
Kerajaan turut dicadangkan agar mewujudkan sebuah badan dana bebas dan telus bagi mengurus kemasukan dana untuk mana-mana parti politik. - Gambar Fail
Kerajaan disaran menambah baik undang-undang pembiayaan politik dengan menguatkuasakan bersama undang-undang antirasuah dan undang-undang konflik berkepentingan.
Selain itu, kerajaan turut dicadangkan agar mewujudkan sebuah badan dana bebas dan telus bagi mengurus kemasukan dana untuk mana-mana parti politik.
Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kajian Pembiayaan Politik Gerakan, Datuk Dr Lim Thuang Seng dalam sidang media di sini, hari ini.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
#anti-rasuah #Lim Thuan Seng #perundangan