Bahaya tertidur dalam kereta semasa menonton di pawagam pandu lalu

Farhana Joni
Julai 19, 2020 03:01 MYT
Public Health Malaysia menasihatkan penonton wayang pandu lalu supaya tidak tidur di dalam kenderaan. - Gambar REUTERS.
ORANG ramai khususnya pencinta filem dinasihatkan supaya tidak tertidur di dalam kenderaan dengan enjin terbuka apabila menonton pawagam pandu lalu.
Public Health Malaysia dalam status di akaun Facebook memaklumkan suhu di negara ini yang agak panas menyebabkan ramai yang akan menghidupkan penyaman udara kenderaan masing-masing, walaupun kenderaan tidak bergerak.
Sumber Facebook publichealthmalaysia
"Gas karbon monoksida yang bocor dari ekzos boleh disedut masuk ke dalam kenderaan dan boleh menyebabkan keracunan gas tersebut.
BACA: Perak negeri pertama perkenal pawagam pandu masuk
"Apa yang unik mengenai gas ini adalah tidak berwarna dan tidak berbau, tahu-tahu sahaja anda telah pengsan (disangka tidur)," katanya.
Dalam status yang sama, Public Health Malaysia turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan kenderaan masing-masing sentiasa diservis untuk keselamatan memandu.
#bahaya #karbon monoksida #kenderaan #Public Health Malaysia #Wayang pandu lalu