Bahan binaan jatuh di trek, ganggu sistem LRT laluan Kelana Jaya

Astro Awani
Januari 12, 2015 17:35 MYT
Kerja membaikpulih dijangka siap pada jam 9 malam ini. -Gambar: Twitter/MyRapidKL
Sistem LRT Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan seketika akibat bahan binaan yang jatuh berhampiran stesen LRT Kerinchi pada jam 2.30 petang tadi.
Jurucakap Rapid KL berkata, susulan insiden itu tren LRT di laluan itu beroperasi secara berselang-seli atau alternate dan telah menyebabkan sedikit kelewatan.
"Pengguna dinasihatkan supaya mengambil kaedah alternatif bagi pengangkutan awam," kata seorang jurucakap Rapid KL dalam satu kenyataan sejurus selepas kejadian.
Tambahnya, kerja-kerja sedang dijalankan oleh jurutera Rapid KL untuk membaiki kerosakan.

KJ Line Update:4.05pm Sistem kami masih mengalami gangguan akibat bahan binaan jatuh ke atas landasan.Sila gunakn altenatif lain @501Awani

— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) January 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

KJ Line Update: LRT beroperasi secara altenate akibat serpihan binaan jatuh keatas trek.Sila guna altenatif lain pic.twitter.com/lc1J9FI46q

— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) January 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam berkembangan terkini, RapidKL berkata sistem dijangka pulih sepenuhnya pada jam 5.30 petang tadi.

KJ Line Update: Sistem dijangka pulih sepenuhnya pada jam 5.30pm ini.

— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) January 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#KJ Line #Rapid KL #rosak
;