Baha Zain Sasterawan Negara ke-12
Nabihah Hamid
Mac 15, 2013 12:34 MYT
Mac 15, 2013 12:34 MYT
Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-12 sekali gus bergelar Sasterawan Negara.
Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ini akan disempurnakan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong pada suatu tarikh yang akan ditetapkan.
Baha Zain bakal menerima Watikah Penghormatan Negara beserta wang tunai RM60,000.
Anugerah tertinggi sastera itu sebelum ini dinobatkan kepada penyair Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala pada 2011.
Mengikut tradisi, anugerah itu diberikan kepada tokoh sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi.
Pemilihannya dibuat oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang diterajui oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah seliaan Kementerian Pelajaran.
Anugerah itu mula diperkenalkan pada 1981 dengan penulis novel Saudagar Besar Kuala Lumpur, Kamaluddin Muhammad atau Keris Mas diangkat sebagai penerima pertamanya.
#Baha Zain
#Datuk Baharuddin Zainal
#Majlis Pengurnian Anugerah Sastera Negara
#Sasterawan Negara ke-12