KOTA BHARU: Kualiti udara di sekitar bandar ini yang terjejas berikutan keadaan berjerebu membuatkan orang ramai mula mengambil langkah memakai pelitup muka untuk mengelak sebarang risiko kepada kesihatan.
Seorang guru Rosmalaili Abdul Rahman, 43, berkata dia mengambil langkah memakai semula pelitup muka apabila mengetahui udara terutamanya di kawasan Kota Bharu merekodkan bacaan tidak sihat semalam.
Katanya dia khuatir dengan keadaan jerebu ketika ini akan mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan termasuk sakit tekak, batuk, lelah dan sebagainya sekiranya tidak mengambil langkah penjagaan awal.
"Disebabkan keadaan cuaca yang tidak sihat ketika ini juga membuatkan saya turut meminta empat anak saya yang berusia antara lapan hingga 17 tahun untuk memakai pelitup muka ke sekolah.
"Selain mengambil langkah penjagaan kepada diri sendiri dan keluarga, orang ramai juga perlu memainkan peranan untuk membendung fenomena ini daripada menjadi lebih teruk termasuk tidak melakukan pembakaran terbuka dan sebagainya," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Semalam, Kota Bharu dan Tanah Merah mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan 107 dan 104.
Seorang wartawan sambilan Hazira Ahmad Zaidi, 34, berkata skop tugasannya yang perlu berada di luar hampir setiap masa untuk membuat liputan berita membuatkan dia terpaksa memakai pelitup muka ketika membuat tugasan.
"Sejak kebelakangan ini saya mudah untuk berasa sakit tekak dan batuk sekali sekala berkemungkinan disebabkan cuaca yang kering dan jerebu ketika ini, namun setelah memakai pelitup muka gejala berkenaan dapat dikurangkan," katanya.
Sementara itu, Pengurus Operasi I Medikel Pharmacy Faiz Syahiran Mohamad berkata jualan pelitup muka di farmasi berkenaan semakin meningkat sekali ganda berbanding kebiasaannya sejak beberapa hari lalu.
"Sejak kebelakangan ini, jualan pelitup muka kembali laris dan meningkat sekali ganda susulan rata-rata masyarakat mula mengambil langkah penjagaan apabila berlaku jerebu di negeri ini.
"Malah, tindakan itu juga sebagai langkah berjaga-jaga untuk membendung penularan wabak COVID-19, terutamanya ketika negara bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Menurut data dikeluarkan JAS, bacaan IPU pada pukul 12 tengah hari tadi di Kota Bharu dan Tanah Merah masing-masing mencatatkan (93) dan (86) masih pada tahap sederhana. --fotoBERNAMA
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.