'Baby hatch' di Pahang atasi masalah buang bayi

Bernama
November 24, 2015 09:32 MYT
Melalui program 'baby hatch' ini, pihak yang berminat kemudian boleh mengambil bayi-bayi berkenaan sebagai anak angkat. - Gambar fail
Sebuah agensi bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif melaksanakan program 'baby hatch' di negeri ini dalam usaha membantu menyediakan tempat transit kepada bayi-bayi tidak sah taraf yang ditinggalkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata pihak yang berminat kemudian boleh mengambil bayi-bayi berkenaan sebagai anak angkat.
Program itu dilaksanakan oleh NGO Orphancare dengan kerjasama KPJ Kuantan juga bertujuan mengelakkan remaja dan wanita yang 'terlanjur' melakukan kesilapan kedua dengan membuang bayi mereka.
"Masyarakat hari ini, perlu mengubah sikap memandang hina anak-anak yang dilahirkan sebagai tidak sah taraf ini dan wanita yang tersalah langkah mengandungkan anak sebegini tidak harus disisihkan.
"Sebaliknya perlu diberi perhatian dengan bimbingan kaunseling dan ajaran agama, supaya dia tidak pula melakukan kesilapan kali kedua.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang di sini pada Isnin.
#baby hatch #buang bayi #KPJ Kuantan #Orphancare #Shahaniza Shamsuddin
;