Azmin, Saifuddin mungkin berdepan tindakan tatatertib

Astro Awani
April 16, 2014 18:53 MYT
Dua calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan PKR, Mohd Azmin Ali dan Datuk Saifudin Nasution Ismail berkemungkinan berdepan tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) ekoran tindakan mereka mengkritik calon lain dalam temubual bersama media baru-baru ini.
The Star Online melaporkan, Pengarah JPP, Datuk Johari Abdul berkata, pihaknya akan meneliti kenyataan yang dibuat Mohd Azmin dan Saifuddin jika ada melanggar peraturan pemilihan PKR sebelum senarai akhir calon dimuktamadkan 21 April ini.
"Kami akan membincangakn perkara ini Isnin depan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Johari sebelum ini telah menasihatkan semua calon yang bertanding supaya tidak mengktirik antara satu sama lain melalui media ketika berkempen atau berdepan risiko hilang kelayakan bertanding.
Ditanya sama ada kenyataan yang dibuat kedua caon tersebut melanggar peraturan yang telah ditetapkan, Johari menjelaskan pekara tersebut perlu dibincangkan sebelum keputusan dibuat.
"Saya telah membaca kenyataan mereka, tetapi jawatankuasa masih belum memutuskan mengenai perkara ini. Sebagai seorang pengerusi, adalah tidak wajar bagi saya untuk mengulas bagi pihak mereka," katanya.
Johari kemudiannya mendedahkan bahawa jawatankuasa itu sedang meneliti dua keadaan berkaitan kes Azmin, antaranya memberi temubual dengan TV3, yang dihalang membuat liputan parti, dan kenyataan yang didakwa menyerang seorang lagi calon timbalan presiden, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sementara itu, Saifuddin, dalam satu temubual akhbar, bercakap mengenai pertembungan personaliti antara Khalid dan Azmin.
Beliau menyifatkan Azmin sebagai orang yang "tidak meraikan perbezaan pandangan, idea atau perbahasan", dan Khalid sebagai "tahu semua" terutamanya pada perjanjian air.
Sementara itu, Johari berkata PKR tidak perlu melantik juruaudut bebas untuk memantau proses pemilihan yang akan berlangsung dari 25 April hingga 11 mei ini kerana segala masalah yang timbul ketika pemilihan 2010 telah diselesaikan.
"Kami lebih telus sekarang kerana kita menggunakan peti undi telus dan kertas undi bernombor siri. Calon-calon juga dibenarkan untuk melantik wakil-wakil untuk menjaga mata pada menentang calon," katanya.
#Azmin Ali #Johari Abdul #pemilihan #PKR #Saifuddin Nasution Ismail
;