Azmin Ali menghadap Tengku Mahkota Kelantan mohon pedoman
Astro Awani
Mac 6, 2019 21:14 MYT
Mac 6, 2019 21:14 MYT
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadap Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra di Istana Kota Lama di sini hari ini.
Mohamed Azmin memaklumkan, pertemuan itu adalah bagi meminta nasihat serta pedoman Tengku Dr. Muhammad Faiz tentang pembangunan Negeri Kelantan.
''Patik menjunjung kasih atas titah nasihat serta pedoman Tuanku tentang pembangunan Negeri Kelantan. Titah nasihat Tuanku akan patik junjung dan diterjemahkan demi memaslahatan rakyat negeri Kelantan,'' katanya dalam status di Twitternya, pada Rabu.
Mohamed Azmin mengadakan lawatan dua hari ke Kelantan bermula Rabu.
Dalam pertemuan dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan, memberi jaminan negeri itu tidak akan dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Ujarnya, beberapa agenda akan dirangka bagi membolehkan Kelantan menarik pelabur dalam tempoh terdekat dan akhirnya memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Pada Khamis Azmin selaku Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan akan mempengerusi dan membentangkan beberapa kertas cadangan dan pelaksanaan program pembangunan ekonomi negeri itu.
#Istana Kota Lama
#lawatan dua hari ke Kelantan
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#minta nasihat dan pedoman
#Mohamed Azmin Ali
#pembangunan Negeri Kelantan
#Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra
#Tengku Mahkota Kelantan