Azli Paat: Apple mempunyai faktor 'Wow'
Astro Awani
Februari 7, 2013 17:04 MYT
Februari 7, 2013 17:04 MYT
Azli Paat merupakan tetamu Agenda Awani ketika pelancaran iPhone 5 di Amerika Syarikat pada 13hb September 2012.
Walaupun telefon pintar berkenaan belum memasuki pasaran Malaysia ketika itu, namun Azli berkata itulah antara strategi Apple untuk tidak melancarkan produk-produk mereka secara serentak.Secara tidak langsung, ia juga mampu mengukuhkan penjenamaan Apple.
“Paling penting adalah tiga benda: gaya, mutu, keunggulan. Pengguna tidak kisah tidak ada LTE pun tidak mengapa. Kalau dia penggang Android, tidak ada siapa akan kata ‘Wow’. Kalau iPhone, orang akan tanya ‘Eh, iPhone 5 ke tu?’,” kata beliau kepada hos Dzulfitri Yusop.
Azli Paat merupakan antara pakar IT yang kerap hadir dalam program-program terbitan Astro Awani.
Klik video untuk menonton temuramah ini secara penuh.