Azlan ada minta saya belikan baju kemeja putih - Kakak mangsa bot karam

Radhi Muslim
Januari 15, 2021 19:34 MYT
Nadin berkata, adik lelakinya itu adalah memberikan contoh baju kemeja berwarna putih yang diinginkan. - Foto Astro AWANI
SANDAKAN: "Sebelum bertolak pergi bekerja pada Ahad lalu, Azlan ada meminta dibelikan baju kemeja warna putih,".
Itu kata Nadin Hassan, kakak kepada seorang mangsa bot tunda yang karam di perairan Kuala Kinabatangan di Kinabatangan Ahad lalu.
Nadin berkata, adik lelakinya itu adalah memberikan contoh baju kemeja berwarna putih yang diinginkan.
Malah, kedua-dua mereka tinggal bersama-sama di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni.
"Dia beritahu kalau saya ada duit tolong belikan dia baju kemeja putih sebelum bersiap-siap mahu turun kerja," katanya ketika ditemui Astro AWANI di rumahnya di Kampung Mangkalinau, pada Khamis malam.
Tambah Nadin lagi, dia ada berhubung dengan mangsa ketika adiknya itu berada di atas bot tunda.
Katanya, Azlan juga berjanji akan pulang dan menulaskan bil jalur lebar di rumah mereka.
Terdahulu, pada Khamis, Astro AWANI melaporkan berhubung kejadian sebuah bot tunda yang karam di perairan Kuala Kinabatangan Besar dekat Kinabatangan.
Terdapat lima orang kru bertugas di bot berkenaan dan tiga kru belum ditemui sehingga ini termasuk Azlan. Manakala, dua kru ditemui dengan selamat.
Sementara itu, ibu mangsa, Lily Anduhut, dia sangat berharap anak lelakinya dapat ditemui dengan selamat.
Kata Lily, anak lelakinya itu mula bekerja di industri perkapalan sejak empat bulan lalu.
#bot karam #Kinabatangan #Nadin Hassan #Kampung Mangkalinau #Pulau Kinabatangan
;