KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan penjelajah Grand Slam Negara Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyerahkan sumbangan kepada keluarga transit di Rumah Ronald McDonald terbaharu di Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua personaliti berkenaan berkata katil Ceragem, makanan dan lampin pakai buang dewasa adalah antara sumbangan yang diserahkan kepada pengurus rumah transit terbabit Wan Siti Fikriah Wan Ismail.
Menurut Mohd Azizulhasni, beliau berasa sayu melihat dua kanak-kanak yang menghidapi kanser dan berdoa agar mereka segera sembuh daripada penyakit itu.
"Sayu hati saya apabila melihat adik Jannah dan Arisya yang mengidap kanser tahap empat. Saya hanya mampu berdoa agar Allah sembuhkan sakit yang dialami dan meminta agar keluarganya dapat menghadapi dugaan ini dengan cekal," katanya.
Sementara itu, Muhamad Muqharabbin yang juga Pengerusi Biro Sukan Pemuda UMNO Malaysia berkata pihaknya akan terus menyumbang bantuan sedemikian kepada mereka yang memerlukan mengikut kemampuan.
Wan Siti Fikriah pula merakamkan penghargaan kepada Mohd Azizulhasni dan Muhamad Muqharabbin kerana sudi membantu keluarga dan anak-anak kecil yang mengalami dugaan besar.
"Hari ini terdapat dua keluarga yang menginap di sini untuk membawa anak mereka menjalani rawatan kemoterapi. Jadi, tempat ini akan menjadi tempat tidur dan rehat bagi keluarga pesakit sementara menunggu anak mereka selesai berjumpa doktor," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021

Katil Ceragem, makanan dan lampin pakai buang dewasa adalah antara sumbangan yang diserahkan kepada pengurus rumah transit terbabit. - Facebook Azizulhasni Awang
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Panggilan aduan Talian Kasih meningkat, kes dera kanak-kanak jadi fokus KPWKM
Panggilan aduan Talian Kasih 15999 bagi kes keganasan rumah tangga mencatat peningkatan sebanyak 70 peratus tahun lalu.