KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang pada Jumaat menggunakan media sosialnya untuk berkongsi kebaikan pengambilan vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia.
'The Pocket Rocketman' menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook dan Instagram, memberi analogi untuk menerangkan dengan lebih mudah mengenai kebaikan vaksinasi yang memberi perlindungan hampir 95 peratus daripada virus berbahaya itu.
"Bayangkan kalau kita berada di tengah hujan sangat lebat maka bila guna payung tak basah la baju kita ni tapi jika tiada payung dan tempat berteduh sudah tentu habis basah kuyuplah. Betul tak?," katanya dalam video bertajuk 'Kenapa Perlu Ambil Vaksin' berdurasi dua minit 55 saat itu.
Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata vaksinasi membantu mengurangkan gejala teruk yang boleh membawa maut di samping tidak menyebarkan virus kepada orang tersayang seperti ibu, bapa, datuk, nenek serta saudara-mara.
Mengulas mengenai dakwaan teori konspirasi yang kononnya vaksin mengandungi cip mikro serta agenda membunuh manusia, Mohd Azizulhasni berkata kajian dilakukan selama berpuluh tahun membuktikan pemberian vaksin dapat menyelamatkan manusia sekiranya dijangkiti sesuatu wabak.
"Sebagai contoh, lebih 20 juta kanak-kanak diselamatkan sejak pemberian vaksin polio, masyarakat dunia bukannya semakin berkurang tetapi semakin bertambah seperti yang kita lihat hari ini...Ini semua hasil daripada kesihatan manusia sejagat yang semakin baik," katanya.
Jelas Mohd Azizulhasni lagi, ujian klinikal menunjukkan kesan sampingan selepas pengambilan vaksin adalah sangat minimum seperti mengalami demam, sakit di tempat dicucuk selain pening kepala namun kesakitan dialami adalah bersifat sementara.
"Paling penting untuk diingat adalah manfaat utama pengambilan vaksin iaitu untuk melindungi diri kita dan juga orang yang kita sayangi daripada dijangkiti virus COVID-19. Sudah tentu ini adalah atas izin Allah.
"Kalau anda rasa video ini bermanfaat, tolong kongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Terima kasih. Lindungi diri, lindungi semua," katanya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba semalam berkata sebanyak 987,012 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin manakala 1,725,364 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 2,712,376 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, setakat Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021
Azizulhasni memberi analogi untuk menerangkan dengan lebih mudah mengenai kebaikan vaksinasi. - Foto Instragram/azizulhasniawang
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.
Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata
Ketua Kontinjen berpendapat, sebahagian besar atlet yang mewakili negara menunjukkan peningkatan dari segi rekod dan prestasi pada Olimpik Paris 2024.