Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu

Bernama
Julai 16, 2024 05:47 MYT
Azmi (tengah) menyaksikan serah terima tugas jawatan Ketua Polis Perak antara Mohd Yusri (kiri) dengan pengandang baharu, Azizi. - Foto Sinar Harian
IPOH: Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa semalam.
Majlis Serah Terima Tugas itu diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, disaksikan oleh Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim.
Pada majlis itu, DCP Zulkafli Sariat yang sebelum ini merupakan Senior Asisten Komisioner (SAC) Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman juga dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak yang baharu.
Sementara itu turut diadakan upacara serah tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Perak, Datin Wanita Wari yang sebelum ini memangku jawatan berkenaan.
-- BERNAMA
#Azizi Mat Aris #Ketua Polis Perak #pelantikan #Mohd Yusri Hassan Basri