Azam Baki patut 'cuti' seketika demi menjaga nama SPRM - IDEAS
Israr Khalid
Januari 8, 2022 09:08 MYT
Januari 8, 2022 09:08 MYT
KUALA LUMPUR: Tan Sri Azam Baki tidak boleh terus duduk di kerusi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika masih bergelumang dengan isu pendakwaan korupsi yang secara langsung terpalit pada institusi itu.
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh berpendapat, Azam perlu bercuti sementara supaya keberadaannya tidak terus mencemarkan lagi reputasi badan itu yang sudah sedia tercalar.
“Setiap individu yang menjadi pegawai am dalam institusi kerajaan mempunyai tanggungjawab, yang pertama dan yang utama, terhadap institusi tersebut.
“Maknanya kalau ada apa-apa persoalan yang timbul, apabila ia sedang disiasat, saya rasa bahawa agak baik supaya beliau dapat mengambil cuti untuk sementara waktu.”
Katanya, sungguhpun tidak menerima arahan daripada pihak atasannya, yakni Perdana Menteri, Azam wajar memikirkan tentang memelihara nama baik institusi melebihi usaha menjaga nama baiknya sendiri.
Tonton temu bual penuh bersama Tricia dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Dzulfitri Yusop, di sini:
Azam Baki wajar ambil cuti seketika demi jaga nama SPRM - IDEAS
Agenda AWANI: Restorasi maruah, SPRM harus bebas