Ayob Khan jadi sasaran ancaman bunuh kumpulan Daish Indonesia

Astro Awani
Jun 24, 2017 11:21 MYT
Mesej yang tersebar itu menamakan Ayob sebagai orang yang bertanggungjawab menahan anggota militan di Malaysia dan menggesa dia dihapuskan. - Gambar fail
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengakui dia kini menjadi sasaran bunuh kumpulan Daish dari Indonesia.
‘Siasatan awal mendapati ancaman kumpulan itu disebarkan menerusi media sosial minggu lalu.
“Saya pernah beberapa kali menerima ancaman bunuh tetapi ini kali pertama kumpulan militan Indonesia telah secara lantang menyeru rakan-rakan militan mereka di Malaysia, Indonesia dan beberapa negara lain agar membunuh saya,” katanya kepada The Star.
Mesej yang tersebar itu antara lain menamakan Ayob sebagai orang yang bertanggungjawab menahan anggota militan di Malaysia dan menggesa dia ‘dihapuskan’.
Ayob percaya pesanan itu dikeluarkan bagi mengambil kesempatan dari bulan Ramadan dimana anggota militan percaya mereka akan mendapat pahala yang lebih jika arahan membunuhnya dapat dilaksanakan.
Namun disebalik ancaman itu, Ayob berkata pihak poils komited untuk terus menjaga keselamatan dan rakyat negara ini.
Di bawah kepimpinan Ayob, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman telah melakukan lebih 300 tahanan terhadap anggota militan di negara ini.
#Ayob Khan #Counter Terrorism #daish #Indonesia #militan #Ramadan
;