Seorang ayah nekad melepaskan tembakan ke arah kumpulan empat penjenayah yang memecah masuk kediaman mereka untuk menyelamatkan anak perempuannya yang hampir menjadi tebusan di sebuah rumah banglo dua tingkat di Taman Pegawai Kanan Kerajaan, Assam Kumbang di sini Jumaat.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata dalam kejadian 3 pagi tadi, suspek ditembak Abdul Jalil Abdul Wahab yang merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar sebaik membuka pintu bilik yang dihuni bersama isterinya di tingkat bawah rumah banglo berkenaan.
"Sebelum itu tiga daripada empat penjenayah yang bertopeng dan bersenjatakan parang memasuki bahagian tingkat atas rumah yang dihuni anak perempuan, menantu serta dua cucu Abdul Jalil selepas memecah masuk rumah itu melalui pintu berjeriji besi di bahagian tepi rumah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.
Kumpulan itu kemudian membawa turun anak perempuan dan menantu tersebut serta mengugut akan mencederakan mereka, katanya.
Beliau berkata dua das tembakan dilepaskan ke arah kumpulan penjenayah itu menyebabkan kesemua mereka melarikan diri.
Susulan itu, seorang warganegara Indonesia berusia 40-an dipercayai seorang daripada anggota kumpulan tersebut ditemui mati di kawasan semak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian, katanya.
Yusof berkata kesemua penghuni rumah berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya polis kini melancarkan gerakan memburu baki tiga lagi perompak dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Abdul Jalil, 63, berkata apabila mendengar anak perempuannya, Jazlina, 28, meminta tolong sambil mengetuk pintu biliknya, beliau segera mengambil pistol dan melihat paparan kamera litar tertutup yang ditempatkan di dalam biliknya.
"Saya terperanjat apabila melihat beberapa kelibat yang berdiri di hadapan pintu bilik saya. Saya membuka pintu perlahan-lahan dan memberanikan diri melepaskan tembakan ke arah mereka," katanya.