Ayah kelar anak sehingga maut
Astro Awani
Januari 31, 2014 08:15 MYT
Januari 31, 2014 08:15 MYT
Polis menahan seorang lelaki dan merampas sebilah parang dipercayai digunakan bagi mengelar anak perempuannya hingga mati.
Dalam kejadian 4.15 petang Khamis di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi itu, dua lagi anak perempuan suspek cedera.
Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
Seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun sempat menyelamatkan diri.
Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun yang baru pulang dari sekolah, dia terkejut melihat bapanya berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.
Polis menjumpai mayat kanak kanak perempuan, yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.
Dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan.
Suspek berusia 44 tahun ditemui di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.
Suspek ditemui dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepala dipercayai telah terjun ke dalam sungai sebelum naik semula ke tebing.
Suspek yang menganggur sejak dua tahun lalu, tidak mempunyai rekod jenayah dan disyaki mengalami masalah mental.