Kegunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak bukan lagi isu baharu.
Selaras dengan era tekonologi, ia merupakan satu keperluan dan kemudahan untuk ibu bapa berkomunikasi bersama anak-anak mereka, terutamanya pada waktu kecemasan.
Telefon pintar juga dimuatkan dengan pelbagai aplikasi media social seperti WeChat, WhatsApp, Facebook, Instagram dan Twitter.
Walaupun aplikasi ini mempunyai banyak kebaikan untuk berkongsi maklumat bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, kanak-kanak yang menggunakan teknologi ini juga boleh terdedah kepada individu yang tidak dikenali.
VIDEO: Aplikasi telefon bimbit bantu cari kanak-kanak hilang
Namun di sebalik kebaikan itu, aplikasi WeChat antara aplikasi sosial yang paling kerap digunakan oleh pelaku pedofilia untuk mencari mangsa pada 2015, berbanding laman media sosial lain.
Memetik laporan Bernama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Ong Chin Lan berkata dalam tempoh itu, sebanyak 138 daripada 184 kes kanak-kanak mengenali pelaku pedofilia di seluruh negara melalui aplikasi WeChat.
Apa kata pakar?
Pakar Psikologi Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Mariani Md Nor berkata tidak salah untuk kanak-kanak menggunakan telefon pintar.
Malah, bagi ibu bapa yang berkemampuan, kanak-kanak semuda tujuh atau lapan tahun sudah mempunyai telefon pintar.
Justeru, tegas Dr Mariani, golongan kanak-kanak belum akil baligh merupakan golongan yang perlu dipantau kerana senang menjadi mangsa pelaku pedofilia.
“Kumpulan ini (kanak-kanak) suka bercakap dengan mereka yang suka bercakap dengan mereka. Mereka juga perlukan perhatian jikalau ibu bapa tiada di rumah kerana sedang bekerja.
“Pelaku pedofilia ini pula pandai mencari mangsa dan akan menggunakan telefon pintar ini untuk mencari mangsa. Golongan ini juga pandai ambil hati. Kanak-kanak ini pula teruja apabila ada orang yang melayan dan berkomunikasi bersama mereka,” kata Dr Mariani ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau mencadangkan agar telefon diberi diberi kepada anak-anak yang sudah akil baligh.
“Umur tujuh atau lapan tahun tidak sesuai lagi. Kalau umur lebih kurang 11 tahun, mereka sudah berdikari tetapi ibu bapa kena beri nasihat.
“Kalau nak sentiasa pantau, ibu bapa sibuk bekerja. Tetapi mereka tetap perlu berbuat demikian dan sentiasa beri nasihat. Tunjuk kepada mereka tentang mangsa-mangsa pelaku pedofilia.
"Kalau ada bukti, tunjuk kepada mereka dan buat mereka bimbang,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa setiap pelaku pedofilia mempunyai keinginan yang berbeza.
“Jangan ingat mereka suka kanak-kanak perempuan sahaja. Kanak-kanak lelaki juga boleh jadi mangsa. Jadi ibu bapa perlu berjaga-jaga tidak kira jantina anak-anak mereka,” katanya.
BACA: Pergi sekolah untuk belajar, bukan main handphone - Ibu bapa
Syafique Shuib
Tue Jul 12 2016
![Awas! Pelaku pedofilia cari mangsa melalui telefon pintar Awas! Pelaku pedofilia cari mangsa melalui telefon pintar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51456055900_GadgetAddiction.jpg)
Aplikasi WeChat antara aplikasi sosial yang paling kerap digunakan oleh pelaku pedofilia untuk mencari mangsa pada 2015. - Gambar hiasan
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Foto menteri Indonesia tertidur keletihan di lapangan terbang AS tular Foto menteri Indonesia tertidur keletihan di lapangan terbang AS tular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41497321216_SusiPudjiastuti.jpg)
Foto menteri Indonesia tertidur keletihan di lapangan terbang AS tular
Menteri Maritim dan Perikanan Indonesia Susi Pudjiastuti berada di AS untuk menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
![Anak murung dek kerja rumah, ibu beri kata dua kepada guru Anak murung dek kerja rumah, ibu beri kata dua kepada guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81493426062_letter.jpg)
Anak murung dek kerja rumah, ibu beri kata dua kepada guru
Seorang ibu di Kanada tidak mahu anak perempuan beliau yang berusia 10 tahun mengalami kemurungan kerana tugasan kerja rumah.
![Lelaki 'kahwini' robot setelah gagal cari calon isteri Lelaki 'kahwini' robot setelah gagal cari calon isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61491271968_EngineerRobot.jpg)
Lelaki 'kahwini' robot setelah gagal cari calon isteri
Zheng Jiajia merupakan seorang pencipta robot dan pakar kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) di Hangzhou.
![Justin Trudeau 'cabar' bekas pelakon 'Friends' untuk bergasak Justin Trudeau 'cabar' bekas pelakon 'Friends' untuk bergasak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61491181464_MatthewJustin.jpg)
Justin Trudeau 'cabar' bekas pelakon 'Friends' untuk bergasak
Matthew Perry sebelum ini pernah mendedahkan bahawa beliau pernah pukul Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau ketika berada di sekolah rendah yang sama.
![Gara-gara pakai 'leggings', remaja dihalang menaiki pesawat United Airlines Gara-gara pakai 'leggings', remaja dihalang menaiki pesawat United Airlines](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61490588810_unitedairlines.jpg)
Gara-gara pakai 'leggings', remaja dihalang menaiki pesawat United Airlines
Seorang jurucakap United Airlines berkata penumpang berkenaan menggunakan tiket khas yang diberikan kepada ahli keluarga dan mereka harus mematuhi beberapa terma, termasuk kod pakaian.
![Menari persis Britney Spears, pramugara AirAsia curi perhatian CEO dan netizen Menari persis Britney Spears, pramugara AirAsia curi perhatian CEO dan netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/71489984009_AssrafNasir.jpg)
Menari persis Britney Spears, pramugara AirAsia curi perhatian CEO dan netizen
Video yang menampilkan seorang anak kapal AirAsia tular di media sosial setelah dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan akaun 9gag.
![Suara merdu kanak-kanak 4 tahun buat netizen cair Suara merdu kanak-kanak 4 tahun buat netizen cair](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61486338385_BeautifulVoice.jpg)
Suara merdu kanak-kanak 4 tahun buat netizen cair
Hilangkan Monday Blues anda dengan menyaksikan video muzik yang comel, nyanyian kanak-kanak 4 tahun, Claire Ryann Crosby.
!['Aku tidak peduli apa kata orang, kutukan orang, kerana ini kebahagiaan aku' - Hafiz Mahamad 'Aku tidak peduli apa kata orang, kutukan orang, kerana ini kebahagiaan aku' - Hafiz Mahamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51484483288_HafizMahamad.jpg)
'Aku tidak peduli apa kata orang, kutukan orang, kerana ini kebahagiaan aku' - Hafiz Mahamad
Tular sejak Sabtu, video berdurasi tiga minit 20 saat itu menunjukkan Hafiz membuat kejutan untuk keluarganya dengan menaiki kapal mewah.
![Tiada lagi pengiklanan berita palsu di Facebook, Google Tiada lagi pengiklanan berita palsu di Facebook, Google](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81479200659_Facebook.jpg)
Tiada lagi pengiklanan berita palsu di Facebook, Google
Facebook dan Google masing-masing melarang laman portal yang sebar berita palsu dari menggunakan perkhidmatan pengiklanan mereka.
![Lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' tersenarai dalam carta Billboard Hot 100 Lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' tersenarai dalam carta Billboard Hot 100](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41474891541_PicoTaro.jpg)
Lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' tersenarai dalam carta Billboard Hot 100
Lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' (PPAP) berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 hasil jumlah penstriman yang memberangsangkan.