Awas! Cuaca buruk di 5 negeri malam ini

Shafizan Johari
November 17, 2017 18:32 MYT
Pusat Operasi Bencana Peringkat Negeri dan Daerah bersedia bersedia hadapi sebarang kemungkinan bencana.
Pusat Kawalan Bencana Negara mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Cuaca buruk berkenaan diramalkan bermula petang tadi dan dijangka berakhir malam ini.
Pusat Kawalan Bencana Negara juga meminta semua Pusat Operasi Bencana Peringkat Negeri dan Daerah untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
#angin kencang #banjir #cuaca buruk #hujan lebat #mangsa banjir #met malaysia #NADMA #Pusat Kawalan Bencana Negara #Pusat Operasi Bencana Peringkat Daerah #Pusat Operasi Bencana Peringkat Negeri #ribut petir #Shahidan Kassim
;