Setiap individu pastinya mempunyai pengalaman percutian yang menarik selain sukar dilupakan.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang keunikan di jalan sekitar Gwanghwamun Square, Korea Selatan yang terkenal dengan jalan kaligrafi.

Untuk pengetahuan semua, jalan di sekitar Gwanghwamun Square ini terkenal dengan lambakan artis kaligrafi Korea yang menulis secara percuma untuk para pengunjung.

Antara tulisan kaligrafi di jalan sekitar Gwanghwamun Square, Korea Selatan.


Penulis sempat bergambar kenangan bersama ahli keluarga di hadapan Tugu Raja Sejong.

Sejarah lambakan artis kaligrafi Korea itu berlaku kerana terdapat Tugu Raja Sejong. Ini kerana Raja Sejong merupakan Raja yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan sistem tulisan baharu untuk masyarakat Korea yang dipanggil tulisan Hangul.

Sebelum itu Korea menggunakan tulisan China dalam persuratannya.

Raja Sejong juga memperkenalkan ini mempunyai 28 huruf yang berasaskan sebutan lidah bangsa Korea.

Sistem tulisan menyerupai bentuk mulut, gigi dan lidah yang digabungkan untuk menyebut huruf-huruf tertentu bagi tulisan bangsa Korea bagi memudahkan rakyat Korea membaca dan menulis dengan mudah.

Penulis sempat bergambar dengan artis kaligrafi dalam bahasa Korea sebagai buah tangan kepadanya.

Lebih menggembirakan saya berkesempatan membawa balik tulisan Korea ini sebagai buah tangan kenangan serta berpeluang bergambar dengan artis kaligrafi itu.

Sehingga berjumpa lagi dalam lain artikel.


Yang Kurik Itu Kundi,
Yang Merah Itu Saga,
Yang Cantik Itu Budi,
Yang Indah Itu Bahasa
______________________________________________________________________________________

* Artikel ini disediakan oleh AWANIJr Mirrah Nashihin Akram, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

** AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar-pelajar sekolah di seluruh negara menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

*** Kandungan mereka ini tidak mewakili pendapat Astro AWANI.