AWANI Review: Malaysia, apa yang anda perlu untuk berjaya - Pascal Lamy
Amanda Ho
Januari 8, 2018 11:30 MYT
Januari 8, 2018 11:30 MYT
BEKAS Ketua Pengarah World Trade Organization (WTO), Pascal Lamy berkata otak manusia merupakan bahan yang paling banyak digunakan di planet ini berbanding minyak atau gas, atau arang, atau air.
(“The most underused resource on this planet is not oil, is not gas, is not coal, or water, it’s brains”.)
Ini kata-kata mutiara dari Pascal yang pernah melawat Malaysia tidak lama dahulu ketika ditemuduga AWANI Review baru-baru ini.
Beliau yang mewakili negara Perancis telah melawat beberapa negara untuk menyebarkan Expo France 2025 selepas meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah WTO pada tahun 2013.
Antara nasihatnya adalah memberikan tumpuan terhadap pendidikan, latihan-latihan, dan kualiti dan kelayakan supaya generasi baru dapat mencari rezeki dengan lebih baik.
Itu antara intipati artikel yang diterbitkan di AWANI REVIEW berjudul Former WTO Chief Pascal Lamy’s Advice for Malaysia.
Layari http://awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih tentang cara untuk membangunkan Malaysia yang lebih berjaya dan peranan WTO.