AWANI Borneo menang Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2022

Astro Awani
Disember 9, 2022 23:03 MYT
Laporan yang mengisahkan kekurangan akses bekalan air bersih di Kampung Sinop diangkat sebagai pemenang emas, kategori Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Luar Bandar. - Gambar/ Astro AWANI
KUCHING: Laporan bersiri 'Penduduk Masih Guna Air Sungai, Takungan Hujan' yang disiarkan AWANI Borneo pada Disember lalu memenangi salah satu daripada Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2022 pada Jumaat.
Laporan yang mengisahkan kekurangan akses bekalan air bersih di Kampung Sinop diangkat sebagai pemenang emas, kategori Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Luar Bandar.
Kemenangan itu memberikan wartawan Fadilah Sulaiman dan jurukamera Mohd Surfri Affendi habuan wang tunai RM3,000, trofi serta sijil.
Turut menang, laporan bersiri 'Ekonomi Karbon' yang memfokuskan dasar ekonomi baharu Kerajaan Sarawak menerusi perdagangan karbon oleh Shafik Ahmad.
Sementara itu, ketua hakim pertandingan berkenaan, Datuk Chamil Wariya dalam ulasannya mengenai kategori penyiaran televisyen dan video memberitahu terdapat penyertaan yang konsisten menghasilkan liputan berita yang sangat baik.
"Terdapat nama biasa yang terus menghasilkan liputan berita yang sangat baik. Dirancang dengan baik, pilihan visual yang baik, audio yang sangat baik dan pilihan orang yang ditemu duga bertepatan.
“Isu-isu seperti kesusahan penduduk luar bandar kekurangan akses kepada air bersih telah dikemukakan secara menyeluruh dan padat. Visual juga menyokong topik tersebut,” katanya ketika berucap di Majlis KJA 2023 dekat sini pada Jumaat.
#Anugerah Kewartawanan Kenyalang #KJA 2022 #awani borneo #isu rakyat
;