Audio tular kepada 'Datin': Wisma Putra jalankan siasatan dalaman

Astro Awani
April 12, 2022 18:45 MYT
Wisma Putra sedang melaksana siasatan dalaman susulan isu yang tular di media sosial baru-baru ini berkenaan seorang individu lelaki yang menyampaikan rakaman suaranya kepada seorang wanita. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri sedang melaksana siasatan dalaman susulan isu yang tular di media sosial baru-baru ini berkenaan seorang individu lelaki yang didakwa menyampaikan rakaman suaranya kepada seorang individu bergelar 'Datin' berkaitan kementerian itu.
Menurut Kementerian itu dalam satu kenyataan media pada Isnin, ia memandang serius terhadap tuduhan tidak berasas yang mengaitkan kementerian itu.
"Rakaman suara tular tersebut yang dilihat bertujuan menimbulkan kekeliruan bagi kepentingan pihak-pihak tertentu.
"Sehubungan itu, satu laporan polis juga telah dibuat demi melindungi kepentingan dan imej Kementerian Luar Negeri," memetik kenyataan tersebut.
Pada Ahad lalu, tular audio berdurasi 135 saat di media sosial berkenaan mesej seorang lelaki kepada 'Datin' yang dipercayai menyatakan permasalahan dalaman kementerian itu.
Isu melibatkan Kementerian Luar memuncak selepas dua diplomatnya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dipanggil balik.
#ismail sabri yaakob #diplomat Malaysia di UAE #gagal urus lawatan PM di Dubai #Wisma Putra
;