Aturcara istiadat pemakaman Almarhum Sultan Kedah

Astro Awani
September 11, 2017 11:28 MYT
Jenazah Almarhum Baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada 12 September jam 4 petang.
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, mangkat di Istana Anak Bukit pada jam 2:30 petang, Isnin.
Jenazah Almarhum Baginda akan dimakamkan pada Selasa di Makam Diraja Langgar pada 12 September jam 4 petang.
Tempoh perkabungan adalah tujuh hari bermula hari ini sehingga 17 September. Dalam tempoh itu segala bentuk perayaan akan dibatalkan.
Berikut adalah istiadat kemangkatan dan pemakaman Diraja:
PENETAPAN ATURCARA ISTIADAT
8:00 pagi : Istiadat Bersiram
9:30 pagi : Istiadat Mengkafan dan Menabur Cendana
10:30 pagi : Sembahyang Jenazah
11: 00 - 12:30 tengah hari : Istiadat penghormatan terakhir bagi orang awam dan kenamaan
1:30 petang : Pengisytiharaan keputusan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja
2:00 petang : Pengiringan Jenazah
4:00 petang : Pemakaman. Majlis tahlil dan doa selamat
#Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah #Sultan Kedah #Yang di-Pertuan Agong