ATM rampas daun ketum, ubat batuk bernilai lebih RM53,000
Adie Sufian Zulkefli
Oktober 24, 2017 23:53 MYT
Oktober 24, 2017 23:53 MYT
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui pasukan 2 Rejimen Sempadan merampas 420 kilogram daun ketum bernilai RM39,900 pagi tadi.
Turut dirampas ialah 909 botol ubat batuk bernilai sekitar RM13,000 yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.
Rampasan itu dilakukan 14 anggota bersama seorang pegawai kira-kira pukul 8.30 pagi setelah melihat tiga lelaki menaiki motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan berhampiran batu 28 sempadan di Bukit Kayu Hitam.
Pasukan itu kemudian cuba menahan motosikal dan kenderaan tersebut sebelum mereka melarikan diri menuju sempadan Malaysia-Thailand.