ATM perlu ada penyelidikan komprehensif banteras pengganas - Tun M

Fareez Azman
Februari 21, 2019 13:01 MYT
Penyelidikan komprehensif adalah langkah pencegahan brbanding membanteras aktiviti pengganas.
Kementerian Pertahanan perlu menumpukan aspek penyelidikan awal dalam mengenal pasti individu berpotensi menjadi pengganas.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penyelidikan komprehensif adalah langkah pencegahan dalam usaha membanteras aktiviti pengganas.
“Dengan itu, kesediaan kita mesti tertumpu lebih kepada maklumat yang mana pasukan risikan kita mesti lebih awal kenal pasti kemungkinan seseorang mempunyai hubungan rapat dengan penganas.
“Semua ini kita kena bersiap sedia mungkin bukan dengan peperangan tetapi menangkap dan menukar pemikirannya supaya tidak terus jadi penganas. Malah, kita telah berjaya menangkap beberapa orang sebelum mereka jadi penganas," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian kepada media selepas melakukan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan di sini pada Khamis.
Tun Dr Mahathir turut mengingatkan bahawa cabaran yang dihadapi negara sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan sentiasa diberi perhatian.
"Kebiasaannya, negara menghadapi kemungkinan diserang oleh negara jiran dan kuasa besar dengan menggunakan batalion angkatan tentera yang besar.
"Bagaimanapun dalam menangani pengganas, ia sukar untuk ditangani kerana mereka tidak beruniform," katanya.
#keganasan #Mahathir Mohamad #pengganas #Perdana Menteri #tentera #Tun Dr Mahathir Mohamad
;