ATM bekerjasama dengan tentera marin Amerika Syarikat

Astro Awani
Januari 17, 2014 18:12 MYT
Pegawai Memerintah Kapal USS Lake Erie (CG 70), Capt John S Baringan, menunjukkan sesuatu kepada Dato' Seri Hishammuddin di atas kapal USS Lake Erie
Menteri Pertahanan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia bersedia mengukuhkan keupayaan maritim Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menggunakan model Tentera Marin Amerika Syarikat (AS).
Beliau yang kini berada di Hawaii dalam rangka lawatan rasmi bertemu dengan Panglima Tentera Marin AS, Jeneral Terry Robling dan membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil kedua-dua negara bagi merealisasikan perancangan tersebut.
“Saya telah menjemput tenaga pakar peperangan maritim AS datang ke Malaysia untuk berbincang lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Kerjasama ini diyakini berupaya mengukuhkan lagi keupayaan maritim ATM pada masa akan datang.
“Dalam pertemuan tersebut, saya turut dibawa melawat pusat latihan peperangan marin di Kanaoke, Hawaii,” kata beliau.
Pada lawatan di USPACOM (United States Pacific Command) pula, Hishamuddin turut mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cawangan perkhidmatan wilayah Pasifik seperti Pemerintah US Pacific Fleet, Laksamana Harry B. Harris Jr; Pemerintah Tentera Udara Pasifik, Jeneral Herbert J. Carlisle dan juga Pemerintah Tentera Darat Pasifik, Jeneral Vincent Brooks.
Kesemua pertemuan ini telah membawa kepada perbincangan isu kestabilan serantau semasa dan juga isu keselamatan rentas sempadan membabitkan ancaman pengganas, penyeludupan senjata dan pemerdagangan manusia. Pertemuan ini turut berjaya meningkatkan keyakinan di samping
Hishammuddin bersama rombongan akan membuat lawatan rasmi ke Washington dan New York atas usaha untuk mengeratkan lagi persahabatan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
#Amerika Syarikat #Hawaii #Hishammuddin Tun Hussein #Jeneral Terry Robling #lawatan rasmi #New York #Panglima Tentera Marin AS #Washington
;