ATLAS dan PepsiCo menyegarkan barisan hadapan melalui mesin minuman

Ehsan A Marisah
April 6, 2021 22:10 MYT
Antara petugas barisan hadapan yang mendapatkan minuman daripada mesin minuman layan diri percuma. - Foto ATLAS Vending
KUALA LUMPUR: Era pandemik COVID-19 menyaksikan pihak yang paling banyak berkorban masa serta tenaga menentang musuh halimunan itu adalah petugas barisan hadapan kesihatan.
Mereka juga sukar untuk mendapatkan cuti, bekerja lebih masa, memakai pakaian perlindungan diri (PPE) berlapis-lapis mahupun berjam-jam malah ada yang turut dijangkiti wabak ketika merawat pesakit.
Memahami situasi itu, pengendali mesin layan diri makanan dan minuman, ATLAS Vending Malaysia Sdn Bhd (ATLAS Vending) dengan kerjasama syarikat minuman terkemuka, PepsiCo menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyediakan mesin minuman layan diri yang menyediakan minuman menyegarkan percuma buat mereka.
Sebanyak 18 mesin layan diri diletakkan di hospital sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Muar dengan variasi minuman kegemaran termasuk perisa Pepsi Black, 7up Free, Revive dan jus sedia diminum Tropicana.
Ketua Pemasaran dan Perniagaan Sampingan ATLAS Vending, Amy Gan berkata, CSR itu dijalankan bagi menghargai kumpulan itu yang bertungkus-lumus melaksanakan tanggungjawab dengan minuman menyegarkan.
“Ada kalanya ketika mereka (petugas kesihatan) sedang berehat, banyak kedai makanan dan minuman yang tidak beroperasi, ini menyukarkan lagi keadaan dan mengambil banyak masa.
“Oleh itu, kami percaya inisiatif ini mampu meringkan kesukaran dihadapi dan membawa makna buat mereka,” katanya dalam program temu bual AWANI Pagi, Astro AWANI, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Gan menambah, syarikat juga sentiasa memastikan kebersihan dan keselamatan pengguna pada aras terbaik ketika menggunakan mesin tersebut.
“Kami menggunakan sistem serta produk penapisan NSF/ANSI Standard 53 yang diperakui mampu mengurangkan pencemaran dengan berkesan yang mana air ditapis dengan selamat.
“Di bahagian titik sentuhan pelanggan pula, sanitasi secara berkala dilakukan dengan menggunakan pembasmi kuman yang dapat menyingkirkan 99.99 peratus bakteria, di mengikut standard pembersihan yang ketat,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jennifer Lee berkata, pihaknya komited meneruskan kolaborasi dengan ATLAS Vending dan menyasarkan lebih banyak minuman pada masa akan datang.
“Kita telah melihat bagaimana mereka perlu bertolak ansur dengan memakai berlapis-lapis PPE yang pastinya sangat panas setiap hari demi membantu negara mendepani saat mencabar ini.
“Ini adalah cara terbaik untuk kami memanfaatkan kepakaran dan kemampuan PepsiCo, iaitu dengan menyajikan minuman yang popular serta dekat dengan mereka.
“Kami menjangkakan untuk mengisi semula lebih dari 200,000 minuman di 18 mesin minuman layan diri tersebut pada tiga bulan seterusnya,” ujarnya.
Selain itu, ATLAS Vending turut menawarkan pembayaran tanpa tunai menggunakan kad kredit, kad debit atau e-dompet pada setiap mesinnya.
Ia bukti untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan bagi memutuskan jangkitan COVID-19 melalui pengurahan sentuhan serta komitmen melestarikan alam sekitar.
AWANI Pagi: Mesin minuman layan diri percuma buat petugas barisan hadapan
#ATLAS Vending #ATLAS #PepsiCo #Hospital #frontliner #mesin minuman #mesin layan diri #COVID-19 #tanggungjawab sosial korporat #CSR #kesihatan #petugas kesihatan
;