Ateis bertentangan Perlembagaan, pengamal boleh didakwa - Asyraf
Harits Asyraf Hasnan
November 23, 2017 17:03 MYT
November 23, 2017 17:03 MYT
Ketidakpercayaan atau kurang kepercayaan tentang kewujudan Tuhan atau ateis jelas menyalahi perlembagaan.
Malah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki pengikut ateism boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.
"Kena faham dalam dalam konteks Malaysia, Perlembagaan Persekutuan menyatakan kebebasan beragama itu bukan bermakna kebebasan untuk tidak beragama.
"Ia tidak berpelembagaan untuk mengatakan bahawa kita boleh menyebarkan konteks tidak beragama di negara ini.
"Kebebasan beragama tidak bermakna bebas dari tidak ada apa-apa agama," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah - Kota Raja) yang meminta penjelasan sejauh mana gejala ateis berkembang di Malaysia dan langkah menyekatnya.
Katanya, fahaman ateisme menyangkal kesucian agama lain di Malaysia dan bercanggah dengan undang-undang berkaitan ketenteraman awam dan moral.
Tambahnya, pengikut fahaman ateis ini menjalankan aktiviti mereka melalui media sosial seperti Facebook dan pihaknya juga sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
#agama
#akta hasutan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#ateis
#Dewan Rakyat
#Facebook
#Malaysia
#media sosial
#Perdana Menteri
#rakyat
#SKMM
#undang-undang